Dah beberapa kali enjin Shogun ni mati semasa dalam
perjalanan. Ini buatkan saya risau. Kalau mati ketika dah sampai pejabat atau
sampai di rumah, tiada masalah. Tapi kalau mati semasa dilebuhraya….. dan tidak
boleh pula dihidupkan semula……. Masalah besar!
Jadi, beberapa hari lepas saya bawa Shogun tu ke kedai
motorsikal.
Selepas di cuba
beberapa kali, mekanik itu telah membuat beberapa penyelarasan. Menurutnya,
tappet perlu di laras semula. Selepas dilaras, dia mencuba Shogun saya tu
beberapa kali sebelum menyerahkannya kembali kepada saya tanpa sebarang
bayaran.
Hasilnya, enjin bendentum dengan lebih solid dan stabil.
Tidak lagi mati bila dibiarkan melahu. Pada waktu pagi pula, enjin dapatkan
dihidupkan dengan lebih mudah. Bila sudah dihidupkan, ia akan terus melahu dan
tidak perlu menunggu enjin panas sebelum ia menjadi stabil dan tidak mati.
Cuma ada perbezaan sedikit bila di tunggang.
Semasa memulakan perjalanan, saya rasa lancar dan selesa
tetapi tidak “menangkap” seperti sebelumnya. Tetapi tenaga yang dikeluarkan
lebih sekata. Ini membuatkan tunggangannya lebih menyeronokkan. Tapi, top
speed, saya masih belum cuba.
Ini adalah kerana saya belum dapat menunggangnya di lebuhraya.
Saya berharap sangat kelajuan maksima dapat ditingkatkan.
Tidaklah nanti saya akan di potong sewenang-wenangnya oleh motorsikal yang
lebih kecil seperti Honda EX5.




