Dah lebih 5,000km saya tunggang Shogun Axelo 125 ini.
Sekarang, ada sedikit perubahan berbanding semasa mula-mula saya beli dulu.
Saya rasa, motorsikal ini walaupun mempunyai batuan yang
jauh, tetapi ditunggang tidak laju. Ini adalah kerana, semasa mula-mula dulu,
amat susah untuk mencapai kelajuan 90-100km/jam. Seperti kita juga, kalau tak
biasa berlari, jangan haraplah nak berlari dengan laju……….
Sekarang, setelah beberapa lama, dengan kelajuan agak tinggi
di lebuhraya, barulah saya rasa Shogun ini boleh “berlari”. Walaupun tak lah
selaju 135 LC atau Belang 150, tetapi mudahlah untuk mencapai kelajuan standard
kapcai-kapcai 125cc iaitu sekitar 90-110km/jam.
Keadaan enjin pula, masih kedengaran dengan jelas rentetan
timing chain selepas perjalanan jauh. Cumanya, bunyi ini masih pada kadar yang
sama seperti mula-mula saya beli dulu. Ini mungkin bermakna, bunyi itu adalah
bunyi biasa saja bagi motorsikal Suzuki ini, dan bukannya disebabkan oleh
sebarang kerosakan pada enjinnya.
Penggunaan petrol juga telah saya kenal pasti. Untuk
perjalanan sejauh 165km, jumlah petrol yang digunakan adalah sebanyak RM8.00
atau lebih kurang 4.1 liter. Ini bermakna setiap liter saya boleh menunggang
sejauh lebih kurang 40km. Ini adalah pada kelajuan sekitar 80-100km/jam di lebuhraya.
Ia bukanlah sebuah motorsikal yang super jimat, tetapi kira boleh tahan la………….
Saya menggunakan petrol RON95 dengan ditambah sedikit additive Cosway. Petrol
station… macam biasala… pagi saya isi RM4.00 di Petron dan petang saya isi pula
sebanyak RM4.00 lagi di Petronas.
No comments:
Post a Comment