Dah beberapa kali enjin Shogun ni mati semasa dalam
perjalanan. Ini buatkan saya risau. Kalau mati ketika dah sampai pejabat atau
sampai di rumah, tiada masalah. Tapi kalau mati semasa dilebuhraya….. dan tidak
boleh pula dihidupkan semula……. Masalah besar!
Jadi, beberapa hari lepas saya bawa Shogun tu ke kedai
motorsikal.
Selepas di cuba
beberapa kali, mekanik itu telah membuat beberapa penyelarasan. Menurutnya,
tappet perlu di laras semula. Selepas dilaras, dia mencuba Shogun saya tu
beberapa kali sebelum menyerahkannya kembali kepada saya tanpa sebarang
bayaran.
Hasilnya, enjin bendentum dengan lebih solid dan stabil.
Tidak lagi mati bila dibiarkan melahu. Pada waktu pagi pula, enjin dapatkan
dihidupkan dengan lebih mudah. Bila sudah dihidupkan, ia akan terus melahu dan
tidak perlu menunggu enjin panas sebelum ia menjadi stabil dan tidak mati.
Cuma ada perbezaan sedikit bila di tunggang.
Semasa memulakan perjalanan, saya rasa lancar dan selesa
tetapi tidak “menangkap” seperti sebelumnya. Tetapi tenaga yang dikeluarkan
lebih sekata. Ini membuatkan tunggangannya lebih menyeronokkan. Tapi, top
speed, saya masih belum cuba.
Ini adalah kerana saya belum dapat menunggangnya di lebuhraya.
Saya berharap sangat kelajuan maksima dapat ditingkatkan.
Tidaklah nanti saya akan di potong sewenang-wenangnya oleh motorsikal yang
lebih kecil seperti Honda EX5.
7 comments:
salam bro....kebetulan saya juga pengguna axelo yg dah 4 tahun berulang seremban -pj/kl setiap hari.... utk dptkan kelajuan yg sedikit memuaskan... saya telah buat beberapa modifikasi... cdi.. carberator & ekzos. . kelajuan maxima stakat ni yg mampu di capai cuma 135km/j shj selepas keluarkan skit modal & yg penting ia ttp tahan lasak... memandangkan meter axelo agak berat (100 kmj axelo = 120kmj lc model lama) saya kira kelajuan 110-120 dah cukup memadai bagi sebijik moto kapchai... utk capai skit top speed... carb...cdi & ekzos perlu di tukar... kesesuaian spoket utk highway samada 14-33 atau 15-35.
Pernah pakai fx110..? Sy dh pakai selama 15 tahun.. Bab meter ringan tu.. Rasanya salah sgt2.
Pernah pakai fx110..? Sy dh pakai selama 15 tahun.. Bab meter ringan tu.. Rasanya salah sgt2.
Berapa bro total semua??..cdi racing kan??
https://chat.whatsapp.com/IFeKN1ETdQU5paldR0RwQs
Copy link atas utk group axelo
Post a Comment