Friday, April 24, 2015

Tukar Minyak Enjin dan Penapisnya

Tukar Minyak Enjin dan Penapisnya

Saya ni makan gaji. Jadi banyak perkara berlaku selepas dapat gajilah. Tukar minyak enjin motorsikal pun salah satu aktiviti selepas dapat gaji.

Saya kekedai dimana motorsikal tu saya beli. Kali ini saya pilih minyak enjin jenis Castrol Power 1. Semi
synthetic dengan kepekatan SAE10-40.

Saya fobia sedikit dengan minyak enjin Castrol ni. Bukan apa, banyak peristiwa kerosakan berlaku selepas saya tukar minyak enjin  daripada jenis Castrol. Tetapi, taukeh kedai tu beria-ia benar mengatakan Castrol ni baik. Lagipun, tidak banyak jenama lain yang terdapat disitu. Kali ini juga saya tukar penapis minyak enjin sekali. Saya rasa dah tiba masanya saya berbuat demikian. Minyak enjin dan penapisnya, RM38.00, berbaloi walaupun dengan GST!

Hasilnya…… semasa saya masuk ke gear satu, saya dapati ianya amat mudah dan lembut. Ehmmmm… menarik. Saya terus jalan. Gear seterusnya, lembut dan senyap, walaupun belum beberapa km saya berjalan. Macam bagus je minyak enjin ni…………

Esoknya saya tunggang ke pejabat. Smooth tetapi saya maintain kelajuan sekitar 80-90km/jam. Saya perhati dan dengar dan rasa. Memang smooth dan lancar. Seronok…..

Hari kedua, begitu juga. Tapi, dalam perjalanan balik, saya dapati enjin melahu pada RPM yang amat rendah. Seingat saya, tiada sebarang pelarasan pada kelajuan enjin melahu.

Sampai di rumah, sebaik saja saya berhenti di bawah porch, enjin Axelo saya mati. Wah… kenapa ni?

Saya ambil pemutar skru dan cuba tinggikan sedikit RPM dengan memutar skru penyelarasan tetapi enjin seolah-olah tersemput-semput. Say laras skru angin dengan memberi capuran yang lebih likat. Barulah enjin jadi stabil. Saya laras kembali putaran enjin melahu.

Esoknya saya tunggang kembali ke pejabat. Keadaan bertambah baik.

Yang saya hairan, kenapa pula bila menggunakan minyak semi sintetik, putaran enjin melahu jadi terjejas. Campuran petrol/angin jadi perlu di likatkan. Hairan…. Hairan… hairan….

Saya teringat pada Elegan…. Saya teringat pada Wave 125. Perkara sebegini tidak pernah berlaku pada kedua-dua motorsikal ini pada sepanjang saya menggunakannya…………..

5 comments:

noor syazliatie said...

salam admin, betol kata admin pasal minyak enjin castrol sae 10w-40 semi synthetic ni.. saya pon ada mengalami sama dengan admin, apa yang saya dapati pasal eo castrol ni look beatiful outside, pickup moto ok bole capai top speed dgn snang, masuk gear smooth, tp tak sampai 1 bulan pakai enjin dah bunyi kuat dan moto tak ada pickup lagi nsib baik sempat tukar eo lain huhu smpai skang moto saya still ada bunyi kuat tu tp top speed tak ada bole mencapai sekitar 80km/j sahaja.. sebelum ni sya mengunakan eo total semi synthetic sae 10w-40 tak ada masalah apa pon gna sbulan lbih, tp saya guna skali shaja eo castrol ni tak smpai sbulan dh ada masalah pada enjin, bgi saya yg berulang alik dri univerity sejauh 40km, tak smpai pon milage 1000km untuk 1 bulan.. skang saya stay dgn eo total hi perf semi synthetic sae 10w-40 rm24 je..

Harif said...

Hati2,eo castrol tiruan berleluasa di pasaran.agen castrol sendiri susah nak kesan

Unknown said...

So.....mcm mana? Eo castrol ok tak. Betul ke enjin bunyi kasar. Tengok nampak cair. Tapi ada yg kata cair bagus.

Mat esang said...

Biar betul?susah hati pula ni,baru firstime guna minyak ni

Unknown said...

Kalau nak enjin tahan lebih lama guna Petronas Syntium Moto SX semi sintetik saw 15w-50 .minyak dia mmg terbaeek...