Thursday, March 26, 2015

Kestabilan pada kelajuan maksima

Dah beberapa kali saya mencuba Axelo ini hingga kelajuan maksima. Pada keadaan jalan rata, top speed cuma dapat sekitar 110km/j saja. Average sekitar 100km/j saja. Tetapi memandangkan meter kelajuan agak tepat, saya rasa kelajuan itu agak munasabah bagi model kapcai 125cc.

Tapi saya agak kecewa sedikit kerana kestabilan agak kurang baik pada kelajuan tersebut. ini amat berlainan berbanding jenama lain, contohnya Nouvo LC yang pada pendapat saya jauh lebih seronok ditunggang pada kelajuan yang sama. Skuter Elegan pun lebih mantap pada kelajuan yang sama.

Cuma, saya tidak berapa pasti samada, ini adalah karektor setiap model Axelo ini, atau hanya pada motosikal saya yang ternyata telah dimakan usia. Harap ada kawan-kawan diluar sana boleh memberi kepastian.

Bolehkah keadaan ini diperbaiki? Mungkin dengan menukar tayar yang lebih baik atau lebih lebar. Buat masa ini, saya menggunakan tayar saiz 80/90 di belakang dan 70/90 di hadapan dari jenama Duro. Atau mungkinkah absorber saya yang sudah mula bermasalah? Absorber depan dan belakang Axelo saya memang terasa agak lembut.

Ehm.... agaknya, boleh ke Axelo ini menggunakan performance part seperti yang banyak didapati bagi model Belang.




1 comment:

noor syazliatie said...

salam admin nk tnya ok tak moto suzuki shogun axelo ni, top speed gps bole dpt brapa eh? moto saya bole dpt 90km/j-100km/j ja huhu tu pon ssh nak mencapai.. saya berminat jgk dngn axelo ni sbb ada balancer pada enjin dan ada direct air cooler pada enjin nmpk mcm tahan lama enjin dia..