Monday, September 7, 2015

Axelo 20,000km



Rasanya, belum lama saya guna Axelo ni, tapi sekarang mileagenya dah pun melebihi 65,000km. Ini bermakna saya telah menunggangnya melebihi 20,000km semenjak ia dibeli.

Jarak perjalanan
Suzuki ni memang tahan lasak. Selama 20,00km tu, tak pernah bagi apa-apa masalah besar. Secara routinenya, apa yang saya buat hanyalah tukar minyak enjin tiap bulan, tukar tayar belakang sekali, tukar sprocket sekali dan tukar disk brake sekali (kerana di langgar beberapa minggu lepas). Saya juga telah menukar mentol lampu hadapan sebanyak dua kali. Mungkin ada sedikit masalah pada pendawaian lampu ini kerana kedua-dua kali itu adalah mentol lampu sebelah kanan.

Saya menunggang Axelo ini sejauh 165km setiap hari, lima hari seminggu. Tetapi ada kalanya lebih daripada itu, apabila saya terpaksa mengunjungi beberapa pejabat operasi syarikat saya.

Ia tidak pernah meragam. Adalah sesekali, susah sedikit untuk dihidupkan diwaktu pagi. Itu pun selalunya pada hari Isnin kerana dua hari tidak dihidupkan.

Bunyi rentetan enjin, terutamanya di bahagian timing chain dan tappet, masih sama. Seolah-olah itu memang bunyi standard enjin 125cc Axelo ini. Waktu pagi, lebih senyap, berbanding dengan waktu sebaik sahaja berhenti ditunggang. Bunyi rentetan timing chain agak ketara walaupun tidak sampai ke tahap membimbangkan.

Bunyi ekzos, tiada masalah kerana saya menggunakan ekzos asal.

Masalah utama, ni rasa sedih sedikit………., top speed. Kalau dijalan biasa, top speed sekitar 90km/h je dan di lebuhraya, paling laju pun saya pernah dapat sekitar 112km/j sahaja. Untuk perjalanan harian saya kekalkan kelajuan sekitar 80-100km/h. Walau bagaimanapun, meter kelajuan bukan seperti meter Suzuki FX 110 yang amat ringan. Meter kelajuan Axelo ini hampir sama dengan meter kelajuan kereta.

Secara umumnya, saya amat berpuas hati dengan Suzuki Axelo 125 ini. Walaupun tidak sepantas 135LC, tetapi cukup laju dan kuat untuk memenuhi keperluan saya, berulang alik dari rumah ke pejabat.

#Suzukishogun125 #motorlasak #enjinlasak #jimatminyak #shogun125 #axelo

9 comments:

Unknown said...

Demak evo z 125 r lagi mantap

Unknown said...

Demak evo z 125 r lagi mantap

Roslan said...

Shogun Axelo ni ok.. Cuma kapasiti tank minyak agak kecil .So minyak cepat habis sikit.

Unknown said...

Sy rasa seronok membaca penulisan saudara. Rajin menulis. Semua sy baca. Kesimpulan yg sy dpt dari penggunaan minyak enjin, castrol power 1 semi jadi pilihan saudara. Ya....sy pun dpt rasa castrol power 1 lebih smooth. Enjin terasa ringan dan penukaran gear sgt lembut.

Unknown said...

Mantap bro. Saya juga pengguna Shogus Axelo R tahun Feb 2015. Setakat ini, sudah hampir 39,000KM.

Masih mantap dan macam biasa. Saya hanya pernah tukar :

1) Brek lining hadapan.
2) Minyak hitam saban kali setiap 2-3K km.
3) Oil filter sekali setiap 2x servis minyak hitam.
4) Rantai sprocket (putus dek kerana kain lap motor termasuk kedalam rantai semasa menunggang).

Saya rasa yang paling sakit sedikit adalah top speed motor ini. Itu sahaja.

Yang lain, mantap boh!!

Norsuhaimi said...

Takde komen terbaru ke

Azman said...

Sekejap saja enjin bunyi kasar

Azman said...

Apa perkembangan terbaru?

Azman said...

Pakai motor sama ke