Thursday, August 20, 2015

Langgar

Beberapa minggu lepas....

Biasalah kalau di KL, cilok kiri dan cilok kanan. Tambahan di Jalan Tun Razak yang sentiasa jem.

Satu masa tu saya tukar lorong dari lorong tengah ke lorong (yang motosikal lalu, antara dua kereta) kanan. Sebelum tukar lorong saya pandang kanan (belakang) dan tak nampak pun sebarang motosikal.

Sebaik saja saya masuk, sebuah motosikal Kriss telah melanggar roda hadapan Shogun saya. Selepas melanggar saya, Mamat tu bulan selamba je. Tak de lah dia nak menoleh kebelakang, apakan lagi nak minta maaf. Tapi, saya terfikir juga, mungkin dia rasa itu salah saya, jadi dia terus laju ke depan dan hilang.......

Pada mulanya saya ingatkan tiada sebarang kerosakan, tetapi selepas beberapa kilometer, saya dapati brek hadapan saya tidak berfungsi.

Saya berhenti dan periksa. Saya dapati ada kesan calar dan bengkok pada brek disk. Selama beberapa minggu saya tidak menggunakan brek hadapan untuk mengelakkan kerosakan yang lebih teruk.

Minggu lepas, saya hantar motosikal ke kedai dan membuat pemeriksaan. Mekanik dapati brek disk bengkok dan pad brek juga turut rosak akibat bergeser dengan brek disk yang sudah gelong.

Saya tak ada pilihan melainkan menukar kedua-dua komponen tersebut. Harga brek disk dan brek pad selepas diskaun adalah RM70.

Lepas ditukar, barulah rasa seronok menunggang semula. Kalau tak, rasa macam ada separuh brek je.......

1 comment:

Unknown said...

Hi saya tengah berkira kira memiliki shogun utk ulang alik kerja setelah 20 tahun setia dgn yamaha ss110 1st model. Pelbagai perbandingan dibuat antara modenas gt honda dash dan juga shogun. Terima kaseh kerana penulisan saudara memberi sedikit bantuan.