Cepatnya masa berlalu. Sedar-sedar sahaja, sudah 10,000km
saya bersama Suzuki Shogun Axelo 125. Hampir keseluruhan jarak itu adalah
perjalanan pergi balik ke pejabat.
Setiap hari, perjalanan saya adalah sejauh 165km. Ia
mengambil masa lebih kurang 3 jam, sejam setengah pagi dan sejam setengah
petang. Itu termasuk masa mengisi minyak dan kadangkala berhenti rehat seketika
kerana keletihan.
Secara umumnya, kelajuan tunggangan adalah sekitar 70-110km
sejam. Kebanyakannya adalah pada sekitar 90km sejam sahaja kerana pada kelajuan
ini, enjin Axelo berputar dengan selesa dan pengendalian juga adalah pada tahap
paling berkesan.
Pada waktu pagi (atau petang), enjin Axelo ini mudah
dihidupkan. Tidak perlu choke. Sekali tendang sahaja, ia akan hidup. Kalau
menggunakan penghidup elektrik, sekali tekan butang penghidup sahaja enjin akan
terus hidup.
Pecutan pula, agak sederhana sahaja. Malah, pada pendapat
saya, bagi sebuah enjin 125cc, ianya agak lembab dan malas. Tetapi, untuk
tujuan berulang-alik ketempat kerja, talaan itu sudah mencukupi. Ia cukup kuat
untuk memecut dan memotong lori atau kederaan besar di jalan biasa mahu pun
dilebuhraya.
Tork juga sederhana. Kalau di dalam bandaraya Kuala Lumpur, mencilok
antara kenderaan selesa dilakukan dengan gear 2 dan 3. Untuk perbandingan, tork
Wave 125 adalah lebih baik dan mencilok dengan skuter Nouvo 135LC adalah jauh
lebih seronok sementara Elegan 150 jauh lebih laju!
Ketahanan enjin amat baik. Ini adalah kerana, setelah
10,000km pejalanan, keadaan enjin, samada bunyi (rantai talaan, tepet), gegaran
dan laian-lain masih sama seperti semasa saya mula menunggangnya dahulu.
Suspension juga masih berfungsi dengan baik walaupun agak
lembut.
Semasa membawa penumpang, Axelo ini agak lembab. Tetapi, itu
semasa permulaan perjalanan saja. Selepas beberapa minit, masih boleh mencapai
kelajuan 90km sejam dengan mudah.
Sepanjang perjalanan sejauh 10,000km ini, tiada sebarang
kerosakan besar pada Axelo. Apa yang saya lakukan hanyalah penyelengaraan
berkala minima, iaitu menukar minyak enjin dan penapisnya, menukar tayar dan
melaras ketegangan rantai.
Secara keseluruhan, walaupun performance tidak berada pada
tahap yang sepatutnya pada sebuah enjin 125cc, tetapi enjin amat tahan samada
untuk perjalanan dekat mahu pun jauh. Untuk tujuan perjalan ke tempat kerja,
Axelo adalah pilihan yang tidak mengecewakan. Tetapi jika ingin melakukan
perjalanan jauh, anda kena mengisi petrol dengan kerap kerana tangki petrol
hanya boleh memuatkan sekitar 3.5 – 4 liter sahaja.
Perjalanan sehari saya sejauh 165km biasanya memerlukan saya
mengisi petrol sebanyak 2 kali. Pagi sebanyak RM4.00 dan petang sebanyak RM4.00
juga. Semasa blog ini di kemaskini harga petrol adalah RM1.95 seliter.
Kepada yang bajet kecil, Axelo adalah pilihan tepat. Ini
adalah kerana harga unit terpakai jauh lebih murah dari jenama lain yang
sekelas dengannya dan anda akan dapat sebuah kapcai yang cantik dan mampu
meberi khidmat kepada anda bertahun-tahun lamanya!
9 comments:
bro rm8 utk 165km.mcm parah je..sy guna wave 125.ulang alik rumah opis plus jalan2 cari lauk.rm5 utk 150km.
Hg bwak mcama ... Mcm semut kot.. Sal tu Rm 5 ja.. Shogun ni mmg terbaik klu segi teknologi banding ngan Honda skrg
Hg bwak mcama ... Mcm semut kot.. Sal tu Rm 5 ja.. Shogun ni mmg terbaik klu segi teknologi banding ngan Honda skrg
Bro... Spoket standart Axelo berapa..
Baru beli second ni..
Blh lari 80je..😥😥
Bro... Spoket standart Axelo berapa..
Baru beli second ni..
Blh lari 80je..😥😥
14-34
14-34
Dah angkat Axelo.. memang agak 'lembab'. Geram gak tengok EX5 potong selamba.
Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua,
Kpd pemilik yg baru memiliki Shogun SP/RR atau Axelo, bila buat perbandingan top speed dgn motor lain, pastikan kita tahu apa yg kita telah buat dgn motor kita sama ada ratio sporket telah ditukar (basic utk tau motor tu blh capai top had mana dgn berat bdn kita) dan sekiranya tidak memberangsangkan, perlu rujuk pomen yg arif minta pandangan sama ada carb, cam, cdi perlu ditukar atau tidak.
Post a Comment