Tukar Minyak Enjin dan Penapisnya
Saya ni makan gaji. Jadi banyak perkara berlaku selepas
dapat gajilah. Tukar minyak enjin motorsikal pun salah satu aktiviti selepas
dapat gaji.
Saya kekedai dimana motorsikal tu saya beli. Kali ini saya
pilih minyak enjin jenis Castrol Power 1. Semi
synthetic dengan kepekatan SAE10-40.
Saya fobia sedikit dengan minyak enjin Castrol ni. Bukan
apa, banyak peristiwa kerosakan berlaku selepas saya tukar minyak enjin daripada jenis Castrol. Tetapi, taukeh kedai
tu beria-ia benar mengatakan Castrol ni baik. Lagipun, tidak banyak jenama lain
yang terdapat disitu. Kali ini juga saya tukar penapis minyak enjin sekali.
Saya rasa dah tiba masanya saya berbuat demikian. Minyak enjin dan penapisnya,
RM38.00, berbaloi walaupun dengan GST!
Hasilnya…… semasa saya masuk ke gear satu, saya dapati ianya amat mudah dan lembut. Ehmmmm… menarik. Saya terus jalan. Gear seterusnya,
lembut dan senyap, walaupun belum beberapa km saya berjalan. Macam bagus je
minyak enjin ni…………
Esoknya saya tunggang ke pejabat. Smooth tetapi saya
maintain kelajuan sekitar 80-90km/jam. Saya perhati dan dengar dan rasa. Memang
smooth dan lancar. Seronok…..
Hari kedua, begitu juga. Tapi, dalam perjalanan balik, saya
dapati enjin melahu pada RPM yang amat rendah. Seingat saya, tiada sebarang
pelarasan pada kelajuan enjin melahu.
Sampai di rumah, sebaik saja saya berhenti di bawah porch,
enjin Axelo saya mati. Wah… kenapa ni?
Saya ambil pemutar skru dan cuba tinggikan sedikit RPM dengan
memutar skru penyelarasan tetapi enjin seolah-olah tersemput-semput. Say laras
skru angin dengan memberi capuran yang lebih likat. Barulah enjin jadi stabil.
Saya laras kembali putaran enjin melahu.
Esoknya saya tunggang kembali ke pejabat. Keadaan bertambah
baik.
Yang saya hairan, kenapa pula bila menggunakan minyak semi
sintetik, putaran enjin melahu jadi terjejas. Campuran petrol/angin jadi perlu
di likatkan. Hairan…. Hairan… hairan….