Tapi saya agak kecewa sedikit kerana kestabilan agak kurang baik pada kelajuan tersebut. ini amat berlainan berbanding jenama lain, contohnya Nouvo LC yang pada pendapat saya jauh lebih seronok ditunggang pada kelajuan yang sama. Skuter Elegan pun lebih mantap pada kelajuan yang sama.Cuma, saya tidak berapa pasti samada, ini adalah karektor setiap model Axelo ini, atau hanya pada motosikal saya yang ternyata telah dimakan usia. Harap ada kawan-kawan diluar sana boleh memberi kepastian.
Bolehkah keadaan ini diperbaiki? Mungkin dengan menukar tayar yang lebih baik atau lebih lebar. Buat masa ini, saya menggunakan tayar saiz 80/90 di belakang dan 70/90 di hadapan dari jenama Duro. Atau mungkinkah absorber saya yang sudah mula bermasalah? Absorber depan dan belakang Axelo saya memang terasa agak lembut.
Ehm.... agaknya, boleh ke Axelo ini menggunakan performance part seperti yang banyak didapati bagi model Belang.

